Semenjak semalam, lagu-lagu Radiohead berkumandang (macam azan lah pula) menidurkan malah membangunkan aku (cilakak!).
Aku nekad.
Aku ingin kumpul wang secukupnya; bukan, bukan untuk meminang gadis bertudung yang comel lote, bukan juga untuk membiayai kos liposuction in the event aku memilih untuk kurus dengan cara plastik.
Aku nekad ingin kumpul wang secukupnya untuk ke mana sahaja pelosok dunia ini untuk nonton konsert Radiohead, selagi mereka masih bersama.
Lewat beberapa tahun ini setiap anggota mula memberi tumpuan terhadap projek persendirian masing-masing. Sebagai seorang yang agak pesimis (sekurang-kurangnya dalam soal ini), aku risaukan mereka sedikit tahun lagi memilih untuk berpecah dan memberi tumpuan terhadap usaha kreatif secara individu.
Akan aku kurangkan belanja makan. Cari second job. Batal niat untuk minta ibu carikan jodoh. Batal rencana beli rumah (ah, memang batal! Tiada bonus tahun ini. Jika ada pun, mungkin sebulan, cukup-cukup langsaikan hutang kad kredit. Urgh!!!). Cari third job if possible. Oh ya, tangguhkan niat beli basikal. Tangguhkan niat beli baju seluar baru untuk setahun. Tahun ini juga tiada acara qurban.
Kerjaya baru dengan bayaran dua kali ganda mungkin membantu, bukan? Hurm...
Berbalik pada konsert. Apa lagu pun aku suka. Apa album pun aku suka. Tapi jika terdetik niat bagi mereka memainkan lagu-lagu dari The Bends, itu akan jadi hadiah yang paling lumayan.
Ahh...
4 comments:
The Bends memang album terbaik!
MLM ka?
Kan? Kan?
I'm a black star katakan. Haha.
MLM? Oh tidak. Simpang malaikat 44.
1st time aku dengar Radiohead sekitar tahun 93-94. Itupun dapat tau lepas dengar kompilasi Pop Is Dead. Then dari situ aku start collect album diorang. Best album bagi aku, OK computer
Wow. En Ateng komen.
Saya amat terharu :p
Anyway, since zaman sekolah aku poyo hardcore sangat (you know that! haha), aku terlepas peluang untuk kecap nikmat Radiohead. Only when I was in my first semester dekat UiTM, tergerak hati mendengar Radiohead, yang seterusnya disusuli dengan aksi mencari CD serta tape (imported dari UK) band ini. Gosh.
Post a Comment