"We must spread our principles, not with words but with deeds, for this is the most popular, the most potent, and the most irresistible form of propaganda" - Propaganda of the Deed, Letters to A Frenchman on the Present Crisis.
Kian hari, aku berasa mutu serta hasil tulisan aku makin merosot.
Mungkin ini akibat dari kurangnya membaca serta kurangnya menulis secara kreatif. Malah nilai penulisan Bahasa Melayu aku turut merosot. Tidak lah aku maksudkan Bahasa Inggeris aku bagus. Namun kerana kebanyakkan penulisan aku terutama yang berkait soal kerja (kurang nilai kreatif; lebih kepada unsur teknikal dan spesifik) hari ini adalah di dalam Bahasa Inggeris, aku mula berasa sangsi dengan penulisan Bahasa Melayu aku.
Blog ini adalah yang ke-empat pernah aku hasilkan semenjak tiga atau empat tahun yang lepas. Harapnya ini yang pengakhiran. Kali ini aku lebih pasti akan tujuannya; luahan rasa tetapi yang terutama adalah untuk memberi perkhabaran soal aktiviti perniagaan untung minimal (record distribution).
Sedang aku berkira-kira untuk keluar makan tengahari, aku jenguk sebuah laman yang terkandung petikan-petikan manusia bernama Bakunin. Aku tampilkan salah satu petikannya di awal artikel ini.
Aku sedar konteks apa yang dimaksudkan dalam tulisan beliau adalah lain. Namun aku merasa ia berkait rapat dengan apa yang aku cuba sampaikan di sini. Mungkin penulisan (writing which emphasis on words) aku bukan lah irresistible, tapi melalui perbuatan (deeds) yang ikhlas, aku akan di nilai.
No comments:
Post a Comment