Wednesday, September 16, 2009

Salam Eid Mubarak

Wake at dawn with a winged heart and give thanks for another day of loving.


Salam Eid Mubarak.

* quoted Gibran (again)

Monday, September 14, 2009

Tuesday, August 25, 2009

MMP 002: Blood on Wedding Dress




Tengok gambar di atas. Rasa nak lempang, bukan? Nasib baik mereka semua tinggi (walaupun tidak kacak sangat), agak menyukarkan saya untuk melempang mereka. Jadi instead of me-lempang, saya temuramah (walaupun tidak bermesra) mereka dengan harapan mereka terasa terlempang dan terpanggil untuk quit scene dan berumah tangga (Opss, two men’s down already, tapi mereka bilang masih ingin main musik, rilis album dan tour dunia, gila!). Interview ini sangatlah rojak, dipenuhi bahasa pasar yang mungkin sukar untuk kalian hadam, tapi ia sangat deep, se-deep Deepset Joy (interview bersama mereka di halaman lain!). Saya, Dean (Papakerma Records) berbesar hati untuk mempersembahan interview bersama Blood on Wedding Dress, band yang ada hati menyatakan mereka berasal dari Kedah walaupun realiti nya, mungkin hanya dua (2) kali sahaja di jemput perform di sana!


1. Aku rasa korang tidak pernah di temuramah sebelum ini, at least mungkin aku yang terlepas baca, any way apakah sebab korang tidak di interview? Pemalu? Rendah diri? Tidak layak? Terlalu ganas? Terlalu kacak?


Paktua (P): Interview? Secara kecil-kecilan saja tapi tak tau apa jadi. Kadang-kadang zine tu tak keluar atau dalam volume yang kecil yang kami sendiri pun tak pernah nampak. Kami terlalu mainstream kot. Baru-baru ni keluar radio, Shit FM lagu remix dub dub ala feng tau

Haq (H): Interview? Tah la...Dulu ade Joe Kidd cakap nak interview. Taktau ape jadi..dah kot..aku pun baru join lagi band ni..

Abbas Salimi (A): interview kerja ada la jgk, tp interview utk zine rasanya ni la yg 1st bg aku. rasa bdebar la jgk nk jawab. mungkin sbb xsukakan debaran tu la kot yg tak di'interview', dah jadi mcm AF la pulak nnt dok debar2 ni. lari dr objektif sebenar nnt klu dh hilang fokus.

Mydin (M): last aku di interview masa nak mintak sain borang nikah kat tok imam. gigil jugak, nasib aku masuk tadika Al-Arqam kecik2 dulu. Tok imam tu plak berpeluh sebab aku jawab dengan pantas. Malu? mana ada, kan masa interview tu pakai baju.

Pak Wad (W): interview?interview majalah hiburan tu x pernah lg la.dulu ada gak aku dengaq akan di-interview,tp mcm tiba2 silent lamb ja...aku teruskan hidup mcm biasa penuh dengan aktiviti apa ntah yg byk sgt.


2. Atas sebab aku tidak pernah baca temuramah bersama korang, harap boleh lah perkenalkan diri korang yang tidak seberapa semua ni. Mana tahu mungkin ada yang kacip lepas ni kan? Perkenalkan nama, nama samaran, a/s/l, kerja pejabat, projek-projek mega lain yang korang pernah, sedang juga hamper terlibat, serta kalau sudah berpunya tu, please note it here juga, supaya tiada lah pembaca di beri harapan palsu.


P: Nama gue benjamin rider. Orang panggil paktua. Pergh,A/S/L = 26/M/Subang. Kerja sebagai kuli di syarikat telekomunikasi. Projek mega ialah projek ternakan ayam telur di kampung di kedah.

H: nama aku haq..25/m/kl..(weh pak tua hang 27 la)..aku kerja kapal.. so kadang2 ja aku main dgn band ni..kerja yg bosan..projek mega..studio shop space di wangsa maju..oh satu lagi..projek foliage..

A: nama aku abbas..27/m/kl..hobi aku melepak dgn main bola..aku kerja komputer..aku xpernah terlibat dgn projek pembinaan highway plus ataupun projek pembinaan MSC, so tak mega sgt la aku ni pn..yg paling mega bg aku pn rasanya dlm proses nk habiskn siri Stargate SG-1 season 1 sampai season 10, tercabar jgk klu nk fikirkn pembahagian masa tontonan, melepak dgn main bola.

M: Nama aku Maiden. Tapi aku bukan keturunan mamak, atau penang. ini nama gelaran sahaja, sila ambil nota. umur 27, seorang jantan sejati, menetap di Sunway. Aku kerja swasta, tak berapa sedap nak cerita. biasa-biasa je, orang cakap cukup-cukup makan. Selain makan nasi, aku juga makan gaji. Dan bila lapang aku usahakan blog aku di http://otakkapasitirendah.blogspot.com. Status pula, saya fully booked.

W: namaku aswad.27/m/KL.hobi aku main video game..pergh,dari kecik tu..apa nk jadi dgn aku ni. la ni keja dgn kerajaan - tourism malaysia.projek mega?rasanya mcm la ni dok tengah memperbetulkan hidup yang terumbang-ambing,consider it as a mega project eh.


3. Korang memang kaki. Kaki berjalan. Bab kaki pukul aku tak pasti (boleh confirmkan?). Serasa (ayat buatan) aku, korang antara band Malaysia yang paling aktif berjalan ke luar dan dalam negara. Hampir semua negeri di semenanjung dah perform, di Sarawak sudah, Sabah tak pasti, korang juga dah sampai ke Singapura, Indonesia juga Jepun, dan mengikut rumours, banyak lagi kota yang korang bercita-cita untuk jejakkan kaki. Why? Why? Kenapa korang begitu bersemangat untuk ke semerata tempat bermain musik yang tidak lah ramai mana peminat. Dapat untung ke? Apa kepuasan yang korang dapat dari gejala sedemikian?


P: Pasal perjalanan kaki kami ialah kemahuan yang membuak2 selepas first main kat sarawak. Disusuli dengan indonesia, jepun, singapura. Yang akan datang masih dalam perancangan lagi. Tahun ni maybe sabah dan filipina saja kot. Sebab azam kuat dan kekurangan wang membuatkan kami tak kisah untuk berjalan. Seperti kata pepatah, jauh perjalanan luas kawan kawan. Kami redah saja sebab fun jumpa ramai orang dan fun bila perform. Dapat tgk karenah orang dan bandmate sendiri haha

H: aku mmg suka jalan2...depa dah set aku follow ja..sambil jalan sambil perform...cuma kadang2 yg lain2 busy xleh jalan2..kadang2 aku buat gila jalan2 sorang2...

A: berkenaan dgn kaki pukul tu penah la jgk aku cuba bkecimpung dlm cubaan nk pukul pakwad dulu, tp tak berjaya.keinginan tu still ada, cuma takda peluang lg stakat ni. so jaguh kaki pukul tu elok klu bg kt paktua la kot. bab suka berjalan ni mmg aku tak sangkal la, mmg kami semua suka berjalan. kiranya lebih kepada kepuasan diri, so kiranya ada keuntungan jgk la kan. untung dgn dpt memuaskn diri masing2 dgn benda yg kita minat dan kita mahu. dah dikira sbg bonus tu.lgpun peluang tu ada, buat apa nk lepaskn kn.. mcm2 benda yg kita tak tau sbenarnya, at least mesti ada tbukak jgk la mata tu sket klu bjalan2 ni. klu lain2 daerah pn dh rasa lain, apatah lg klu lain negeri atau negara kn. cara perlaksanaan mgkin lain, tp objektif dia still sama. cara perlaksaan tu la yg pecious.

M: Kaki bangku aku bagi kat pakwad. Bab kaki berjalan tu aku mmg setuju. Dah kaki mmg sifat dia berjalan. kadang-kadang boleh berubah sifat seperti mengayuh atau meng'start' motosikal, tapi kita abaikan. Bagi aku pengalaman berjalan ni boleh kita nikmati bila kita di tempat itu sahaja. Aku suka berjalan, tapi aku tak kaya, aku tak dapat biasiswa kerajaan study luar negara. Sudahnya, aku berjalan dengan tiket musik. sambil menyelam minum sirap. memang nak diikutkan kami tak mampu nak tampung perbelanjaan tour, dan orang kata musik itu kehidupan. rakan-rakan scene memang banyak membantu dari segi tempat tinggal, pengangkutan dan macam-macam lagi.

W: kalo bab berjalan ni aku sangat2 la suka,x kira ke mana pn akan aku turuti...banyak yg boleh dipelajari di negara org mau pn di negara sendiri.melancong sambil berhibur..bab kaki pukul ni,dulu aku ada join satu grup samseng untuk mempertahankan diri,namanya geng harimau kumbang. tp sebab x cukup duit nk bayaq yuran keahlian,aku ditendang keluaq...hahahaha..beware abbas!!!


4. Korang juga kaki merilis musik yang kasar dan berbau ‘nakal’. Boleh kongsi tak setakat ini sudah berapa banyak rilis yang di terbitkan, format, label yang merilis, dan bagaimana sambutan terhadap rilisan-rilisan itu? Apa pula yang kita boleh ‘expect’ dari korang di kendian hari ni? More releases? Gig mana-mana? Konsert Rock The World? Tour dengan The Great Redneck Hope?


P: Rilis band sendiri dan rilis band kawan2 adalah hobi aku dan haq haha kami buat rekod label, third arm records dengan bantuan dari kawan2 semua. Pendek kata label ni turut didalangi kawan2 sendiri. Kami cuma manage saja. Yang paling best dapat contact dan trade dengan label2 luar dan depa turut minat band2 kita di sini, bagus bukan? Aku tkdak apa2 high expection sangat, cuma rasanya dah banyak kawan2 sekitar malaysia dah beli stuff sekarang. Which is good! Semoga makin banyak band2 best dan kami akan cuba sedaya upaya tolong rilis selagi mampu. Satu lagi, nantikan rilisan terbaru blood on wedding dress, tahun ni 2009, dalam cd dan vinyl.

H: byk dah rilis..gile rilis...nak tour banyak2...great redneckhope dah rip la...teringin pulak nak main kat laundry bar..

A: bab-bab rilis-mengrilis ni aku lemah sket, kebanyakkannya paktua la yg byk amek tau pasal benda-benda ni. tp stahu aku mcm byk kot.huhu. cuma sekarang ni mmg masing-masing pn sibuk dgn hal masing-masing kn, nak dpt fokus 100% utk band tu mcm janji multilevel marketing la kn. kami masih berusaha dgn semampu yg mungkin utk band ni, tp tu la kadang-kadang tpaksa dahulukan mana yg kami rasa lg menuntut. so minta maaf la kt personnel-personnel yg kami terpaksa tolak undangan bermain tu, kami teringin sangat nk turut serta dan mmg nk sangat tp tu la 'not in perfect the situation'. klu ada tu ada la.hehe

M: bab rilis ni paktua lebih tau kot...bab future plan, aku dan abbas dah setuju kekal sampai pencen. Tapi mungkin masa tu, aku menjerit menggunakan alat bantuan pernafasan. owh~ terlupa, posisi saya adalah selaku vokalis kugiran ini. tak pernah masuk kelas vokal. pengalaman menjerit distadium ketika perlawanan bola sepak.

W: al rilisan & merilis ni,bak kata abbas salimi,kena la rujuk pada ketua kumpulan muzik kami iaitu paktua.tapi serasa aku dah banyak la kot..aku sendiri xdak suma release tu.hadoi..


5. Ada ura-ura beberapa line-up akan berumah isteri, jadi apakah implikasi terhadap perjalanan band ni? Apa pendapat korang dengan keadaan gawat ekonomi kapitalis sekarang dan apakah korang rasa pakej stimulus yang Najib gempakkan tu dapat menahan serta membaik pulih ekonomi semasa? Sekian, terima lah kasih.


P: Tahun ni tahun mengawan kerna aku akan kahwin bulan 6. Maidin bulan 4. Jemput2 la datang ya. Sms aku alamat, aku hantar kad. Band tetap jalan macam biasa demi minat dan hobi. Stimulus najib? adeh sorry aku tktau langsung pasal politik ni sekarang. Berita pun jarang tgk sebab bz dengan kerja. Oh ya,kepada sesiapa yang pernah email atau hantar msg kat band ini, mintak maaf kalau lambat reply sebab sangat bz dan cuma seminggu sekali reply. Tu pun kadang2 terlepas. Maaf ya. Sekian, thanks dean dan semua pembaca. Good luck in everything u do. Muah

H: kawin pilihan keluarga ka, pilihan sendiri ka..band kena jalan juga..

A: apa kaitan berumah isteri dgn berbandkn muzik? pengurangan peratusan dlm sektor pembahagian masa utk band la kot. tp band mesti terus, ni bukan musim. musim buah pn skang org dh bole buat sepanjang tahun. cuma kualiti diharap terus maintain. apa yg bole aku katakan gawatnya ekonomi kapitalis ni mnunjukkan ekonomi kapitalis ni pn sbnarnya tak segah mana pn, bole goyang-goyang jugak. cuma yg kesalnya bila goyangan dia boleh buat org lain yang terlibat pn turut bergoyang. tp siapa tau dgn kejatuhan ekonomi kapitalis ni akan jadi permulaan utk kemunculan satu bentuk ekonomi yg lain yg lebih baik utk kita kn, kira baik la ya tak?pakej stimulus ni dh nk masuk yg kedua rasanya, yg pertama pn mcm tak berasa kewujudan dia kn. tak tau la sama ada pihak penyetimulus yg kurang terbuka dlm hal2 berkongsi ke mana suntikan tu di buat atau aku yg sbnarnya ignorant dgn benda-benda mcm ni. benda babit bilion ringgit kot, gempak tu. apa plk yg hang rasa dean?

M: ok. aku 1st akan melayarkan bahtera. hopefully takde apa-apa makna disebalik nama "Bloodonweddingdress". belah perempuan aku tak dapat nak ajak semua, kecil-kecilan sahaja. tapi bulan 6 nanti dijemput la ramai-ramai datang ke Batu Pahat. Impact pada band? mungkin macam abbas cakap, pasti akan ada perubahan. tapi manusia dilahirkan sifatnya mampu menyesuaikan diri dengan keadaan. Maka, kami akan sesuaikan diri juga walaubagaimana sekalipun keadaannya. Membina keluarga dan bermain musik adalah dua benda berbeza yang boleh dilakukan secara serentak. Tentang politik...mereka dan rancangan gusti WWE tiada bezanya.

W: oh,pasal kahwin tu aku sepatutnya kawin bulan jun 2006,tapi atas sebab2 tertentu,x jadi kawin trus.xdak jodoh la tu.however,band diteruskan juga selagi rakan2 bloody mahu meneruskannya. things about economy?let's juz hope dat everything will not become any worse than now..


E-mail: bloodonweddingdress@yahoo.com

Myspace: http://www.myspace.com/bloodonweddingdress

Website: http://www.thirdarmrecords.com

Tuesday, August 18, 2009

Papakerma Grand Raya Sale!!!


Click to enlarge image. Lots of great stuff from Fugazi, Strike Anywhere, Avail etc up for grab!

Death III

Mundane Monday Project: Disclaimer

Heck, I'd been planning to do this for ages! MMP was supposed to be a stand alone web (blog to be more accurate)- based project where myself and/or any other volunteer will do interview s(nothing too lenghtly i suppose) with creative people; be it they are in a band, an artists, painters, actor, director, writer, organiser, blablabla and the list goes on. The idea was that me wanted to get their perspective on things of their interest and how's that translated into action. It's about doing things that you love.

Some interviews were conducted few months back and only now I'm putting it up here. In the following weeks, more interviews will be put up in here. Some has/will be made available on print in some other media (e.g. Innerview zine and all).

I welcome any volunteers and contribution. You, creative people out there who think you should be heard, please write and we'll plan for an interview. It can be either through (e) mail, phone, face to face and/or any other medium you are comfortable with.

Thanks!

MMP 001: Deepset


Deepset, perhaps one of the most well-known post rock bands in today’s indie circuit, started as The Deepset Joy and covered beautiful songs such as Gloria from the 90s emo heroes, Mineral. Long since their humble beginning in the early 2000’s, the band has developed music more akin to influences from Explosion in the Sky and Mono, yet remain distinct and significantly original. This brief interview was conducted through e-mail correspondence between Dean (Papakerma Records) and bassist Asshad, sometime in late March 2009, which was upon their return from a successful tour in Manila, the Philippines. Read on.


1. How did Deepset get together to begin with?


Lothfi and Hafiza and myself had known each other since college time. We went to the same local university and I’ve known Azman since secondary school. Azman always spent his weekend with us while he was studying a bit far from the rest. We gathered for quite sometime, our interests seemed to take place and then we started playing music together.


2. When you first started, post rock wasn’t the most commercially viable genre, at least in Malaysia and perhaps even in South East Asia region. What inspired you to pursue this sort of stuff?


Well, refreshing back to 2000, we have Damn Dirty Ape as our local act and they managed to put themselves out there, not to be carried away with those feasible genre. We grew up with many good bands around, we have references to listen and look out for. Inspiration can be so apparent and yet, it's cathartic. We have no limitation in order to deliver our music. Passion is a major undertake, it pursues us till now.


3. You are signed to Kitty Wu Records from Singapore. How did you end up on the label and why didn’t you sign to a local label instead? Tell us what sort of contract you are having with Kitty Wu, is it on exclusive term or are you free to put out the next releases on different label?


We had an exceptional deal and basically they are quite permissive. Well, we hold up a good offer, and I must say they are very lenient towards the contract. We have tonnes of outstanding local labels here; it's just that every band has its right to choose their options. For upcoming releases, we are free to sign with different label, as for now, we are more than happy to reside under them.


4. Have you ever considered adding vocals to the mix? Something like a guest featuring on your record i.e. singing, reciting poem, etc. Looking back were they anything you wanted to change on the last record?


Not now, but once, we considered to feed in a sampler of an old man reciting a charm line. The ideas can be varied, for a while we would focus on improving our current groundwork. Yes, looking back on our last record, we wish to have a few piece chamber orchestras to back us up. But, lack of budget, we only had a minimal set.


5. You guys just got back from participating a festival in Manila and prior to that a gig in Singapore, could you share with us what was the experience like and what's next we could expect from the band?


We love Singapore and Manila. We played for a weekend session in Singapore called Indie Indeed coordinated by Esplanade and Kitty Wu and a few days after that, A*Fest Manila at two different venues coordinated by Kindassault Records. We met good people, new friends, good musicians and proper sets on stage. We were a bit nervous because that was our first time performing in front of outsiders. They cheered and greeted us with solid words. We feel good that we could share our good time with them. Now, we are in a songwriting schedule, we spend our times writing new songs and steadily compile those for our upcoming release. Other than that, we'll be working on background music for a documentary by Fatul Rahman (indie film maker) and we plan to play for more shows.


E-mail: deepsetan@gmail.com

Myspace: http://www.myspace.com/deepbeep

Facebook: Deepset

Bookings: Arif (Personal Manager/Booking Agent)

HP: +6012 632 73 69 E-mail: arif.ramly@gmail.com

Sabah - bahagian satu

1.

Kami tiba lewat malam Khamis itu. Bertiga. Aku, Duan, dan Mudik. Terminal Dua KK lebih indah dari Port Moresby. Juga lebih bagus dari Senai aku rasa. Tidak sampai 15 minit mencuci mata, Abg Joe, husband cousin aku tiba. Kami terus berangkat ke rumah mereka. Perjalanan ke Limauan pada lewat malam cuba kira-kira 15 minit.

Setibanya di rumah, kami istirehat. Minum teh tanpa gula. Kehabisan bekalan katanya. Bila cuba di cari di shopping complex juga kedai runcit di sekitar, stoknya habis. Aku suka. Memang sudah beberapa minggu aku cuba amalkan minum Chinese Tea saban malam. Just what I needed.

Kira-kira jam 2 kami sudah di pelayaran. Mungkin tidak Duan. Masih kedengaran dia berbicara di telefon.

Ah, orang bercinta.

Esoknya, aku dikejutkan awal. Solat Subuh setelah sekian lama. It feels good.

Rancangan bual bicara bersama Dr Asri di TV. Aku suka bekas mufti yang ini. Praktikal, liberal dan jauh pandangan nya. Tertidur di sofa. Dr Fadzillah Kamsah masih membosankan aku biar selepas hampir 10 tahun. Anaknya dahulu pernah sebentar menuntut di sekolah aku, jadi beliau pernah menjalankan program motivasi percuma. Bosan.

Kira-kira jam 11 pagi aku bangkit dari lena. Mudik sudah bangun. Kami santap nasi lemak Sabah. Nice. Aku suspect yang masak itu orang Kelantan. Manis sambalnya. Hehe...

Sebentar kemudian, sepupu ku serta suami pulang. Kami ingin bertolak ke bandar. Mahu jumpa yang lain nya. Seorang sudah pun di KK. Menginap sekitar Beach Street katanya. Di jangka 7 orang akan tiba pada siang itu. Tapi hanya 3 yang berjaya. Lagi 4 ketinggalan flight. Awal malam baru sampai. Lewatnya pula lagi 4 orang. 2 pasangan.

Solat Jumaat setelah sekian lama. Hurm, it feels good.

* tiada foto (yet).


Wednesday, August 12, 2009

Sabah - First Cut

Banyak yang ingin aku bicara tentang Sabah tetapi ribuan ayat (terutama yang aku tuliskan) tidak dapat beri justifikasi pada negeri indah ini.

Nanti bila ada luang/yakin dengan penulisan,a ku akan menulis lanjut tentang lima (5) hari yang tiada momen sugul atau sekurang-kurangnya, naikkan foto-foto Kundasang, Poring, Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Pasar Filipina, Yaahaa Cowboy Bar, Salut seafood, Jati Tom yam, Tanjung Aru, Tiara Cafe, Kopi Tenom, dan juga sumandak.

Sunday, August 2, 2009

ISA dan Search

Atas urusan yang tidak dapat di elakkan, semalam saya gagal ke Perarakan Haram Hapus ISA pada siangnya dan juga Konsert Di Awan Biru pada malamnya.

Pertama, syabas buat sobat dan semua yang menyertai Perarakan Hapus ISA. Khabarnya ramai yang di tangkap sudah di bebaskan. Saya kira dengan sebegitu besar warga yang hadir semalam, kini Yang Di Pertuan Agong, wajib jalankan tanggungjawab. Memang benar memorandum gagal di serahkan, tetapi Raja yang adil tentu ada mata untuk melihat, telinga untuk mendengar serta akal untuk berfikir bukan?

Tuanku, dengari lah luahan rakyat dan sebagai raja berpelembagaan, cari jalan agar rintihan ini dapat di ketengah dan tindakan drastik di ambil. Sering saya sebagai anak muda, di didik bahawa kita ini negara Islam, punya raja-raja yang berugama Islam, hukumnya berlandaskan syariat Islam, maka amat wajarlah satu undang-undang yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam itu, bukan sahaja di rebiu, bukan sekadar di kaji, tetapi yang pentingnya di hapus.

Kesal saya tidak dapat turun ke sana.


Kedua, saya diberitahu teman yang semalam konsert Search tetap sukses. Banyak lagu dari album Gothik Malam Edan di mainkan; yang mana saya sedikitpun tidak tahu lagu-lagu dari album itu. Saya fikir konsert ini akan memberi lebih tumpuan pada lagu-lagu klasik yang memang sehingga hari ini masih segar dalam ingatan setiap peminat; Isabella, Gadisku, Fantasia Bulan Madu, dan sebagainya.

Jadi, alhamdulillah.

Tidak secuit pun kesal saya tidak dapat turun ke sana.

Friday, July 10, 2009

Menurun

OK. Esok harap dapat ke sana. Nonton Envy. Malas bagi link, laman youtube atau apa pun.

Sebab, mungkin aku tidak dapat ke sana. Malas kecewa sendiri. Sg Petani, Merbok, UiTM memanggil-manggil.

Haih.

Sigh dalam bahasa empuk nya.

Sigh panjang-panjang.

Wednesday, July 8, 2009

Death II

I'm sick in the way I can't explain.

Monday, July 6, 2009

Death

Shoot coward!

You are only going to kill a man.

Tuesday, June 30, 2009

Forgive and Forget...

When I was young (ehem...), they were perhaps one of my favourite band who I could listen to their songs thousand over time and not get bored by them. Catchy, youthful tune with great lyrics. All of a sudden, in 2009, their old records saves me again. It brings back the feelings that I have lost in the past few years.

I give me purpose. It makes me want to live and love. It makes me think of the impossible. Like wanting to love a single person in my entire life...



I think I’ve waited long enough.
Our world was once forget-me-nots
And now I wait another year.
I need you here.

I think I’ve heard this one before,
But it’s not you walking through my door.
And now I wait another year.
Now I wait another year.
I need you here.
I need you here.
need you here.
need you here.

Don’t bother it now,
Let sleepers lie.
Bygones have all gone by

Forgot what we fought for,
hard as I might,
don’t have the will to fight.

Forgive & forget
Whatever was said
cause we’re growing up
by the hour

I never would let
It go on like it did…
all good things
have endings.

Forgive & forget
Whatever was said
all good things
have endings.

Don’t bother it now,
Let sleepers lie.
Bygones have all gone by.

Forgot what we fought for,
hard as I might,
don’t have the will to fight.

Don’t bother it now,
Let sleepers lie.
Bygones have all gone by.

Forgot what we fought for,
Hard as I might,
Don’t have the will to fight.

more about the band here

Monday, June 29, 2009

With Tired Eyes, Tired Minds, Tired Souls, We Slept...

My sister who hold the record for walking home for almost 20km from her school are now going to study here in Kuala Lumpur. I'm happy for her and I feel the whole family are too. So now, I'm going to have to look after her and I'm quite happy for the fact that many of her roommates are cute. Hahaha....

Later that night, a cousin held a Majlis Makan Pulut Durian at her place. Her husband bought a half-truck full of durians and damn, they are good, good!

Now I'm gonna miss this two little fella. Yes, the one in orange shirt smiling at the camera and other one terlompat-lompat in green with blue stripes shirt at the back.

Jangan sedih Nik Danish Farhad. This Ayah Long of yours will be back home again soon! :D