Sunday, August 2, 2009

ISA dan Search

Atas urusan yang tidak dapat di elakkan, semalam saya gagal ke Perarakan Haram Hapus ISA pada siangnya dan juga Konsert Di Awan Biru pada malamnya.

Pertama, syabas buat sobat dan semua yang menyertai Perarakan Hapus ISA. Khabarnya ramai yang di tangkap sudah di bebaskan. Saya kira dengan sebegitu besar warga yang hadir semalam, kini Yang Di Pertuan Agong, wajib jalankan tanggungjawab. Memang benar memorandum gagal di serahkan, tetapi Raja yang adil tentu ada mata untuk melihat, telinga untuk mendengar serta akal untuk berfikir bukan?

Tuanku, dengari lah luahan rakyat dan sebagai raja berpelembagaan, cari jalan agar rintihan ini dapat di ketengah dan tindakan drastik di ambil. Sering saya sebagai anak muda, di didik bahawa kita ini negara Islam, punya raja-raja yang berugama Islam, hukumnya berlandaskan syariat Islam, maka amat wajarlah satu undang-undang yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam itu, bukan sahaja di rebiu, bukan sekadar di kaji, tetapi yang pentingnya di hapus.

Kesal saya tidak dapat turun ke sana.


Kedua, saya diberitahu teman yang semalam konsert Search tetap sukses. Banyak lagu dari album Gothik Malam Edan di mainkan; yang mana saya sedikitpun tidak tahu lagu-lagu dari album itu. Saya fikir konsert ini akan memberi lebih tumpuan pada lagu-lagu klasik yang memang sehingga hari ini masih segar dalam ingatan setiap peminat; Isabella, Gadisku, Fantasia Bulan Madu, dan sebagainya.

Jadi, alhamdulillah.

Tidak secuit pun kesal saya tidak dapat turun ke sana.

8 comments:

azwin khairuddin said...

certainly disagree with you.i mean about the rusuhan. they are wasting time. mengakibatkan kerugian.

dean said...

nope. tidak buang masa. tidak akibat kerugian. don't be fooled with what you see on tv3 or read in nst, the star or even worst, the most racist newspaper of all, utusan malaysia.

who's the angel said...

i was there :)
penentang penindasan dengan satu kata, lawan!

who's the angel said...

sorry.
apa da penentang. salah eja.menentang. hahaha ;p

dean said...

linda,

good to know that you were there.

who's the angel said...

where? isa rally?

dean said...

yup, good to know you were at the rally. hope all is well :D

amar husaini ismail said...

i.s.a is hell!