Tuesday, August 18, 2009

Sabah - bahagian satu

1.

Kami tiba lewat malam Khamis itu. Bertiga. Aku, Duan, dan Mudik. Terminal Dua KK lebih indah dari Port Moresby. Juga lebih bagus dari Senai aku rasa. Tidak sampai 15 minit mencuci mata, Abg Joe, husband cousin aku tiba. Kami terus berangkat ke rumah mereka. Perjalanan ke Limauan pada lewat malam cuba kira-kira 15 minit.

Setibanya di rumah, kami istirehat. Minum teh tanpa gula. Kehabisan bekalan katanya. Bila cuba di cari di shopping complex juga kedai runcit di sekitar, stoknya habis. Aku suka. Memang sudah beberapa minggu aku cuba amalkan minum Chinese Tea saban malam. Just what I needed.

Kira-kira jam 2 kami sudah di pelayaran. Mungkin tidak Duan. Masih kedengaran dia berbicara di telefon.

Ah, orang bercinta.

Esoknya, aku dikejutkan awal. Solat Subuh setelah sekian lama. It feels good.

Rancangan bual bicara bersama Dr Asri di TV. Aku suka bekas mufti yang ini. Praktikal, liberal dan jauh pandangan nya. Tertidur di sofa. Dr Fadzillah Kamsah masih membosankan aku biar selepas hampir 10 tahun. Anaknya dahulu pernah sebentar menuntut di sekolah aku, jadi beliau pernah menjalankan program motivasi percuma. Bosan.

Kira-kira jam 11 pagi aku bangkit dari lena. Mudik sudah bangun. Kami santap nasi lemak Sabah. Nice. Aku suspect yang masak itu orang Kelantan. Manis sambalnya. Hehe...

Sebentar kemudian, sepupu ku serta suami pulang. Kami ingin bertolak ke bandar. Mahu jumpa yang lain nya. Seorang sudah pun di KK. Menginap sekitar Beach Street katanya. Di jangka 7 orang akan tiba pada siang itu. Tapi hanya 3 yang berjaya. Lagi 4 ketinggalan flight. Awal malam baru sampai. Lewatnya pula lagi 4 orang. 2 pasangan.

Solat Jumaat setelah sekian lama. Hurm, it feels good.

* tiada foto (yet).